Setelah terima keputusan matrikulasi UKM pada pertengahan tahun 90an dahulu, saya kecewa. Keputusannya saya gagal masuk ke kursus perubatan di UKM. Sememangnya saya berhajat untuk meneruskan pengajian dalam bidang perubatan. Seharian saya berkurung di dalam bilik, sehinggakan ayah saya mengugut tak benarkan saya masuk universiti langsung, barulah saya turun untuk makan. Tough love!
Jadi, saya mendaftar diri ke fakulti sains hayat, UKM. Semasa hari pertama kami di fakulti, ada acara mengalu-alukan pelajar baru. Ramai profesor-profesor di depan dewan. Ingatan saya berkenaan acara tersebut agak kabur. Namun, yang melekat di hati ialah satu rangkap ucapan daripada seorang pensyarah.
'Kamu di sini mungkin bukan sebagai pilihan pertama. Namun, walaupun apa bidang yang kamu belajar, pastikan kamu yang terbaik. Selepas itu, kamu boleh jadi apa sahaja yang kamu mahu.'
Saya sentiasa mengingatkan diri akan hakikat bahawa minat boleh dipupuk dan ilmu boleh dipelajari. Tetapi untuk berjaya, kita mesti jadi yang terbaik dalam bidang yang kita ceburi.
Itu baru cun! (Rangkap ni terkenal di kalangan generasi saya yang lahir di tahun 1970an).

Tiada ulasan:
Catat Ulasan