Minggu lepas aku ke Pulau Pinang untuk urusan menghadiri persidangan mengenai sains kraniofasial. Alhamdulilah, berjaya mendapat pemenang terbaik persembahan penyelidikan dalam bidang stem sel dan kejuruteraan tisu.
Pulang, semalam Mas dan aku ke majlis makan malam dan malam graduasi pelajar tahun akhir yang telah berjaya menamatkan pengajian sebagai doktor gigi. Malam yang indah apabila bersama teman-teman meraikan para pelajar yang akan membawa nama universiti.
Dan hari ini kami diraikan pelajar tahun 4, makan sushi, kemudian ke kedai kopi dengan Kak Yanti dan anak-anak beliau. Shopping kasut tidak berjaya kerana saiz tak ada, kasihan Mas. Tapi, Mas dapat balas dendam apabila bertemu dengan jenama kesukaannya dia Parkson.
Aku juga yang panik apabila teringatkan kerja yang sepatutnya aku siapkan dan serahkan kepada KB belum siap.
Alhamdulillah, siap juga malam ni. Fuh! Berpeluh sekejap.
Cuma masih belum berjaya bawa Mas makan durian. Minggu depan tak sempat kerana akan ke Penang lagi, dan kemudian ke Sabah. Mak pula akan datang minggu depan untuk kami bersama-sama ke Sabah. Dan hujung minggu selepas pulang dari Sabah, Che Di akan datang.
Jadi, aku sedang memandang jadual minggu-minggu yang sibuk sebelum hari ulangtahun kemerdekaan Malaysia.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan