Kebanyakan orang yang saya temui semasa bertolak dari Alor Setar ke Kuala Lumpur menaiki Malaysia Airlines terkejut kerana saya tidak ke Kuala Lumpur untuk bermesyuarat.
Saya membawa ibu saya ke KLCC. Ya, beliau belum pernah ke KLCC. Bahkan, Prof Hosoi dari Jepun telah melawati KLCC sebelum ibu saya.
Selain dari menghiburkan hati ibu, saya juga ingin menenangkan diri.
Setelah saya mengambil alih jawatan Timbalan Dekan Penyelidikan bermula tahun lepas, saya sangat sibuk dengan aturan dan aktiviti yang perlu dilakukan. Sewajarnya begitu. Namun, saya telah mengambil enteng akan kesihatan diri. Vertigo, itu diagnosis Prof Rosdan pada pertengahan tahun ini. Ubat nampaknya tidak memberi kesan, tetapi menghabiskan masa di kampung selama seminggu menjadi ubat yang mujarab, alhamdulillah.
Moga apa yang saya lakukan ini akan memberi kebahagiaan kepada ibu dan Allah gembira dengan itu.