Di tengah kesibukan kerja, saya mengambil cuti beberapa hari untuk membawa ibu ke Kuala Lumpur. Orang mungkin memandang enteng akan hal ini, tetapi bagi ibu saya, it's a lifetime opportunity for her.
Ibu telah menghabiskan masa muda menjaga datuknya, yang tinggal bersama-sama kami. Kemudian sibuk menjaga anak-anak kecil seramai tiga orang yang umur antara mereka hanya dipisahkan oleh jarak dua tahun. Kemudian, apabila kami semakin meningkat dewasa, ayah jatuh sakit disebabkan penyakit kencing manis yang dihadapi sedari usia 40an. Ibu menjaga ayah selama beberapa tahun sehingga ke penghujung hayat ayah.
Kini, selepas ketiadaan ayah dan saya mampu untuk membawa dia ke sana kemari, maka saya bawa. Biarkan dia melihat dunia.
Saya tak mampu membalas jasa dia dengan menjaganya. Oleh itu, saya cuba menggembirakan dia dengan cara saya. Moga Allah menerima kasih sayang ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan